PROF. DR. SUPYAN HUSSIN

Pensyarah (Khidmat Kontrak)

Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor MALAYSIA

E-mail:  supyanhussin@gmail.com, supyan@ukm.edu.my
Blog: http://supyanhussin.wordpress.com
Galeri (aktiviti profesional) http://dshphotos.wordpress.com/

Biodata Ringkas

Dr. Supyan Hussin adalah mantan Profesor di Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah berkhidmat di UKM sejak dari 1987 hingga 2021. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM. Pengkhususan kepakaran beliau adalah dalam bidang pendidikan, bahasa dan teknologi. Penyelidikan beliau yang utama adalah dalam bidang pendidikan perguruan, metodologi pengajaran, e-pembelajaran, m-pembelajaran, warisan budaya dan tamadun Melayu, etno-sains perubatan, seni bela diri Melayu, dan pembangunan Data Raya. Beliau telah menerbit 7 buah buku dan lebih daripada 200 makalah di dalam buku, jurnal dan prosiding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau telah melahirkan 42 orang pelajar Ph.D dan dilantik sebagai pemeriksa untuk 133 tesis  Ph.D. (Luar 97: Dalam 36). Ketika ini beliau memegang jawatan Yang DiPertua Persatuan Pendokumentasian Warisan Melayu Malaysia (PEDAWAM). Beliau masih menyelia 12 Ph.D. di UKM dan menjadi ahli panel dalam siri-siri webinar Demi Malaiu berkaitan dengan warisan dan peradaban Melayu. Beliau pernah dilantik sebagai Pensyarah Pelawat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Program di Yogyakarta State University 2015 dan Profesor Madya Pelawat dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia 2016, Profesor Pelawat dalam Mobile Learning di Language Academy Universiti Teknologi Malaysia 2016, Yogyakarta State University 2018, 2019, dan 2020, dan jurulatih utama dalam program Interactive Lecture untuk AKEPT Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan penceramah/jurulatih dalam program pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi sejak 2013-2017, selain daripada pembangunan dan latihan staf dalam komunikasi untuk pengajaran dan pembelajaran, e-learning, blended learning, flipped learning,dan mobile learning di UKM dan pelbagai institusi pendidikan sejak 1995. Beliau juga merupakan penilai ujian pengajaran-mikro untuk pensyarah UKM bagi tujuan pengesahan jawatan sejak 2005. Telah membentang 10 kertas ucaptama and 14 kertas plenari di persidangan kebangsaan dan antarabangsa berkaitan dengan bidang pendidikan dan teknologi. Penyelidikan beliau termasuklah pendidikan perguruan, e-pembelajaran, pembelajaran bahasa berbantukan komputer, m-pembelajaran dan pedagogi dalam pembangunan bahan. Beliau pernah menjadi Penyelidik Pelawat di National Institute of Multimedia, Chiba, Japan dan  Ibn Sina Academic Research Institute, Quatre Borne, Mauritius. Penerima Anugerah Fellowship, Japanese Society for the Promotion of Science-Vice Chancellor’s Council,  geran projek LRGS dari KPM, DAGS dari MIMOS, AC-Nielsen Malaysia- Australian Education International (AEI), projek Portal Komunitikita Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, dan projek Duta Universiti KPM. Turut terlibat dalam membangunan Pangkalan Data Alam Melayu (PADAT) dan Portal Malaycivilization yang mengandungi 13 pangkalan data berkaitan warisan Melayu, and Portal Komuniti untuk Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai  Pengarah Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), UKM, Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Bahasa, Ketua Pusat Kajian E-Komuniti, dan  Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Timbalan Pengarah, Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran UKM, Timbalan Pengerusi Persatuan M-Pembelajaran Malaysia, ahli Panel Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Mantan Presiden Pertubuhan Kebajikan Etno-Sains Perubatan Alam Melayu dan Komplementari Malaysia dan Yang DiPertua Persatuan Ekskavasi dan Akreditasi Warisan Malaysia. Beliau sering mengendalikan kursus dan bengkel motivasi, kerja berpasukan, pembinaan sahsiah diri, latihan dalam perkhidmatan, dan pembangunan modal insan melibatkan sekolah, kolej, universiti, agensi kerajaan, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Kejayaan beliau boleh dilihat dalam banyak anugerah yang diterimanya di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.


DATO PADUKA PROF. DR. SUPYAN HUSSIN

Principal Research Fellow

Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor MALAYSIA

Tel: +6019-261-5418
E-mail:  supyanhussin@gmail.com, supyan@ukm.edu.my
Blog: http://supyanhussin.wordpress.com
Galeri (aktiviti profesional) http://dshphotos.wordpress.com/

Brief Biodata

Supyan Hussin, a former Professor at the Language and Linguistics  Research Center, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia. He has served UKM from 1987 until 2021. His last administrative post was the Director of the Institute of the Malay World and Civilization, UKM. Specializing in language, education and technology, his main research areas are in teacher education, teaching methodology, e-learning, mobile learning, cultural heritage and Malay civilization, ethno-medical science in the Malay World, Malay martial arts, and development of Big data; he has published 7 books and more than 200 articles in chapters in books, journals, and proceedings at national and international levels. He has produced 42 Ph.D. students. He was appointed as an examiner for 133 Ph.D. (external 97: internal 36). Currently, he is the Chairperson of Pertubuhan Pendokumetasian Warisan Melayu Malaysia (PEDAWAM) or Documentation of Malay Malaysian Heritage Association. He is still supervising 12 Ph.D. student at UKM and engaging in a panelist group for series of Demi Malaiu webinar related to heritage adn civilization. He was a Visiting Lecturer for Teaching & Learning Program at Yogyakarta State University in 2015, a Visiting Associate Professor of Teaching and Learning at the Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia in 2016, a Visiting Professor of Mobile Learning at Language Academy Universiti Teknologi Malaysia 2016, a Visiting Professor in 2018, 2019, and 2020, a master trainer in Interactive Lecture Program for AKEPT Ministry of Higher Education Malaysia 2013-2017, and invited speaker/trainer for teaching and learning using technologies, in addition to human development and training programs in interpersonal communication for effective teaching and learning, e-learning, blended learning, flipped classroom, and mobile learning at UKM and at other  educational institutions since 1995. Also, he has been an assessor for UKM lecturers’ micro-teaching performance for lecturer post confirmation since 2005. He has presented 12 keynote papers and 14 plenary papers at conferences on education and technology. His research interest includes teacher education, language acquisition, e-learning, computer-assisted language learning, mobile learning, and pedagogical approaches in materials development. He received a Fellowship Award of Japanese Society for the Promotion of Science-Vice Chancellor’s Council, grants for several projects LRGS from Ministry of Higher Education, DAGS from MIMOS, AC-Nielsen Malaysia-Australian Education International (AEI), Portal Komunitikita project under Economic Planning Unit, Prime Minister Department, and University Ambassador, Ministry of Higher Education. He was a Visiting Researcher at the National Institute of Multimedia, Chiba, Japan and at Ibn Sina Academic Research Institute, Quatre Borne, Mauritius. He is also co-developer of the Malay World Database (PADAT) and Portal Malaycivilization that contains 13 databases related to Malay heritage, and Portal Komuniti for Economic Planning Unit, Prime Minister Department, Malaysia. He has served as the Director of the Institute of the Malay World & Civilization (ATMA), UKM (2017-2020), Deputy Dean of the Faculty of Language Studies (1995-1999), Head of E-Community Research Center (2009-2013), and Senior Fellow at the Institute of the Malay World and Civilization (1999-2009), Universiti Kebangsaan Malaysia, Deputy Director of Center of Teaching and Learning Technologies UKM (2013-2017), Deputy President of the Malaysia Mobile Learning Association, Panel member for Malay Language Distinguished Scholar Award, Ministry of Education Malaysia  (ATABM), former President of Charity Association of Ethno- Medical Science of the Malay World and Complementary Medicine Malaysia, and Chairperson of the Excavation and Accreditation of Malaysian Heritage Association. He often conducts courses and workshops on motivation,  team building, personality development, in-service training, and  human resource  development, involving  schools, colleges, universities,  government agencies,  private companies, and NGOs. His achievements are also reflected in many awards he received at university level, national level and international level.  

Leave a comment